Peranan Ibu Bapa Untuk Mengawal Penggunaan Telefon Pintar Dalam Kalangan Anak-Anak Mereka

Penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja menyebabkan mereka mengabaikan tugasan seharian di samping menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran.

Jelaskan peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak mereka.

Tema    : Telefon pintar

Arah      : Langkah memantau penggunaan

Anak rantau pulang ke desa,

Pulang bersama rakan-rakannya,

Telefon pintar membuang masa,

Ibu bapa perlu  membendungnya,

 

Pantun di atas menerangkan keburukan penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak remaja pada masa ini. Pada peringkat umur remaja mereka masih tidak mampu untuk memanfaatkan sesuatu dengan sebaiknya.Hal ini demikian kerana mereka mempunyai akal serta  pemikiran yang tidak matang dan ingin mencuba sesuatu yang baharu.Oleh hal yang demikian,ibu bapa memainkan peranan yang penting bagi membimbing anak-anak agar dapat mengelakkan mereka daripada terjerumus ke arah keburukan. Telefon pintar merupakan alat komunikasi yang bukan sahaja mampui menghantar suara dan mesej malah boleh digunakan untuk melayari Internet dan bermain permainan dalam talian. Pelbagai aplikasi yang dimuat turun seperti Facebook, Instagram, PUBG dan lain-lain dikatakan memudahkan perhubungan  tanpa temu muka. Oleh itu, ibu bapa perlu memastikan penggunaan telefon bimbit anak-anak sentiasa dikawal kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya.

Sudah terang lagi bersuluh,antara peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak-anak adalah dengan cara mendidik anak mereka menjadi pengguna telfon pintar yang pintar.Ibu bapa perlu menguasai pengetahuan teknologi komunikasi terkini justeru ereka mampu mengajar cara menggunakan aplikasi pintar . Sebagai contoh,ibu bapa mestilah menunjukkan penggunaan laman-laman sosial yang bermanfaat.Oleh hal yang demikian,ibu bapa  hendaklah memuat turun aplikasi berkaitan dengan agama seperti MuslimPro. Dalam hal ini,anak-anak akan bijak mengurus masa belajar,solat dan bermain. Di samping itu,ibu bapa perlulah menetapkan jadual penggunaan telefon pintar.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa melentur buluh biarlah dari rebungnya.Natijahnya,anak-anak akan lebih berdisiplin dalam hidup mereka. Jelaslah bahawa kaedah serampang dua mata oleh ibu bapa penting untuk memastikan anak-anak terus cemerlang dalam pelajaran dan pada masa yang sama menguasai kemahiran teknologi terkini melalui telefon pintar.

Memetik wasilah nirmala seterusnya,peranan ibu bapa untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan anak mereka adalah mengehadkan penggunaannya. Hal ini demikian kerana  ibu bapa merupakan contoh  terbaik buat anak-anak mereka.Mereka sewajarnya mengehadkan penggunaan telefon pintar di hadapan anak-anak mereka.Dengan berbuat demikian anak-anak mereka akan menjadikan mereka contoh tauladan dan akan melatih mereka untuk mengehadkan penggunaan telefon pintar.Hal ini bersesuaian dengan peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya.Seterusnya ibu bapa seharusnya menunjukkan cara-cara penggunaan telefon pintar dengan sebaik mungkin seperti melayan laman sesawang yang bermanfaat dan tidak menghabiskan masa hanya dengan laman sosial seperti Facebook,Whatsapp dan Twitter. Oleh hal yang demikian anak-anak mereka akan mengetahui cara-cara penggunaan telefon pintar dengan betul dan tidak menghabiskan masa dengan laman sosial sahaja.Pada dasarnya,penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja menyebabkan tugasan seharian terganggu di samping menjejaskan prestasi mereka dalam pelajaran sekiranya tidak dibendung dari awal kerana mencegah lebih baik daripada mengubati.

Peranan ibu bapa terhadap anak mereka adalah dengan memantau penggunaan telefon pintar.Ibu bapa boleh meletakkan kata laluan pada aplikasi-aplikasi  yang tidak sesuai digunakan oleh anak mereka.Hal ini dapat mengelakkan anak mereka daripada  membuka aplikasi tersebut.Kata laluan yang digunakan haruslah panjang dan sukar iaitu dengan menggunakan campuran huruf,simbol dan nombor yang mudah diingati bagi mengelakkan anak mereka daripada dapat menukarkan kata laluan yang digunakan oleh ibu bapa mereka .Selain itu,ibu bapa juga boleh mengehadkan masa penggunaan telefon iaitu memberi mereka bermain atau menggunakan telefon sekitar dua jam sahaja sehari.Natijahnya,anak-anak dapat membahagikan masa pelajaran dan beriadah dengan lebih sistematik.Sejajar dengan itu,kaedah ini juga dapat mendisiplinkan anak mereka dalam pengurusan masa.Namun sebaliknya jika ibu bapa tidak melakukan perkara sedemikian,sudah pastilah anak-anak mereka akan lalai bermain telefon pintar.Bukan itu sahaja,ibu bapa juga perlu melihat semula sejarah carian aplikasi yang digunakan oleh anak mereka pada setiap malam seperti Whatsapp,Youtube dan Twitter agar dapat mengetahui kejujuran mereka dalam penggunaan telefon pintar yang sebenarnya.Impaknya, ibu bapa dapat memahami anak mereka yang ingin ke alam dewasa.Secara tuntasnya,memantau penggunaan telefon pintar merupakan salah satu peranan ibu bapa terhadap anak mereka dalam mengawal penggunaan telefon anak mereka.

Sebagai pengitlakan, penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja kerap menjadi polemik dalam kalangan mujtamak di Malaysia. Semoga ibu bapa bijak mengawal anak-anak mereka apabila menggunakan telefon pintar supaya anak-anak mereka dapat membahagikan masa antara telefon pintar dengan belajar. Sememangnya agak sukar untuk mengawal penggunaan telefon pintar dalam kalangan remaja. Sekiranya penggunaan telefon pintar dapat dikawal oleh ibu bapa maka anak-anak mereka akan lebih menghargai masa lapang dengan melakukan aktiviti yang sihat seperti beriadah, mengulang kaji pelajaran dan lain-lain. Lantaran itu, peribahasa masa itu emas perlu kita pegang supaya masa dapat digunakan ke arah yang betul . Dari perspektif lahiriah, pencapaian Transformasi Nasional 2050 dan Gagasan  Malaysia Baharu yang dihasratkan oleh Perdana Menteri Malaysia iaitu Tun Dr Mahathir akan terlaksana apabila generasi muda kita bijak dalam mengurus masa.

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s